Revolusi Oktober | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Revolusi Rusia dan Revolusi 1917–1923 | |||||||
Istana Musim Sejuk, Petrograd sehari selepas pemberontakan, 8 November | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Bolshevik Soviet Petrograd RS Kiri Pengawal Merah | Republik Rusia | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Vladimir Lenin Leon Trotsky Nikolai Podvoisky Vladimir Ovseyenko Pavel Dybenko |
Alexander Kerensky Pyotr Krasnov | ||||||
Kekuatan | |||||||
10,000 Pelayar Merah, 20,000–30,000 askar Pengawal Merah, jumlah pekerja yang tidak diketahui | 500–1,000 askar sukarela, 1,000 askar batalion wanita | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Beberapa askar Pengawal Merah cedera[1] | Semua dipenjarakan atau melarikan diri |
Revolusi Oktober (Rusia: Октябрьская революция , Oktyabr'skaya revolyuciya), juga dikenali sebagai Revolusi Soviet atau Revolusi Bolshevik, merujuk kepada satu revolusi - sebahagian daripada Revolusi Rusia 1917 - yang bermula dengan pemberontakan bersenjata di Petrograd (juga dianggap sebagai rampasan kuasa oleh pekerja dan askar biasa) yang secara tradisinya bertarikh pada 25 Oktober 1917 mengikut takwim Julius atau 7 November 1917 mengikut takwim Gregorius.
Revolusi ini dipimpin oleh golongan Bolshevik, yang menggunakan pengaruh mereka di Soviet Petrograd untuk mengumpulkan pasukan bersenjata. Tentera Merah Bolshevik di bawah Jawatankuasa Revolusi Ketenteraan mula mengambil alih bangunan kerajaan pada 24 Oktober; bagaimanapun 25 Oktober (kalendar Julius) merupakan tarikh Istana Musim Sejuk (tempat kerajaan tempatan Petrograd, pada masa itu ibu negara Rusia) ditawan.