Ribut tropika (SSHWS) | |
Terbentuk | 24 Disember 1996 |
---|---|
Reda | 27 Disember 1996 |
Angin terkuat | 1 minit berterusan: 85 km/j (50 bpj) |
Tekanan terendah | 991 hPa (mbar); 29.26 inHg |
Kematian | 238 (102 hilang) |
Kerosakan | $280 juta (1996 USD) |
Kawasan terjejas | Hampir keseluruhan negeri Sabah |
Sebahagian daripada Musim taufan Lautan Pasifik 1996 |
Ribut Tropika Greg (kod JTWC: 43W) merupakan siklon tropika terakhir yang terbentuk dalam musim taufan Lautan Pasifik bagi tahun 1996. Dikesan mula terbentuk daripada lekukan tropika di Laut China Selatan pada 24 Disember 2.00 petang (waktu Malaysia), ribut ini membadai Sabah pada 26 Disember, dengan korban 238 nyawa, manakala 102 orang lagi dilaporkan hilang.[1] Ribut ini juga mengakibatkan kemusnahan harta yang besar di negeri Sabah. Ribut telah melenyap pada 28 Disember di Laut Sulawesi. Bencana ini merupakan antara bencana yang terburuk dalam sejarah negara.