Republik Romania رومانيا Republik România | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: - | |||||
Lagu kebangsaan: Deşteaptă-te, române! | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Bucharest (Bucureşti) | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Romania | ||||
Demonim | 88.9% | ||||
Kerajaan | Republik Semiberpresiden | ||||
• Presiden | Klaus Iohannis | ||||
Nicolae Ciucă | |||||
Kemerdekaan dari Turki Ottoman Empayar | |||||
• Diisytiharkan | 9 Mei 1877 | ||||
• Diiktiraf | 13 Julai 1878 | ||||
03 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2019 | 19,874,331 (53) | ||||
• Bancian Penduduk 2002 | 21,680,974 | ||||
KDNK (PPP) | 2019 | ||||
• Jumlah | $591.263 bilion (41) | ||||
$29,750 (60) | |||||
KDNK (nominal) | 2019 | ||||
• Jumlah | $300.231 bilion (41) | ||||
$15,106 (63) | |||||
Gini (2019) | 31 sederhana | ||||
HDI (2019) | ▲ 0.832 Ralat: Nilai IPM tidak sah · 48th | ||||
Mata wang | Leu Romania ( RON ) | ||||
Zon waktu | UTC+2 (EET) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+3 (EEST) | ||||
Kod panggilan | +40 | ||||
Kod ISO 3166 | RO | ||||
DPT internet | .ro, .eu | ||||
- |
Romania (bahasa Romania: România /ro.mɨ'ni.a/;Jawi: رومانيا ) atau nama rasminya Republik Romania ialah sebuah negara di Eropah tenggara yang bersempadan dengan Hungary dan Serbia di barat, Bulgaria di sepanjang Sungai Danube di selatan, dan Ukraine dan Moldova di timur laut.
Romania mempunyai pantai laut yang terbentang di sepanjang Laut Hitam dan Pergunungan Karpatos timur dan selatan melintasi pusat negara ini. Ibu negara Romania ialah Bucharest yang merupakan bandar raya yang terbesar serta tarikan pelancong yang terutama.
Romania adalah ahli NATO yang aktif sejak 2004, dan merupakan salah sebuah negara yang bersetuju untuk menyertai Kesatuan Eropah. Perjanjian Penyertaan EU dimeterai pada awal 2005, dan Romania telah menyertai Kesatuan Eropah pada 1 Januari 2007 dan merupakan negara Kesatuan Eropah yang ketujuh terbesar.