Haymarket affair | |||
---|---|---|---|
Tarikh | 4 Mei 1886 | ||
Lokasi | 41°53′5.64″N 87°38′38.76″W / 41.8849000°N 87.6441000°WKoordinat: 41°53′5.64″N 87°38′38.76″W / 41.8849000°N 87.6441000°W | ||
Matlamat | Lapan jam sehari | ||
Kaedah | Mogok, Bantahan, Tunjuk perasaan | ||
Pihak terlibat | |||
Tokoh dan pemimpin utama | |||
| |||
Korban | |||
|
Rusuhan Haymarket, juga Mogok Haymarket, pada 4 Mei 1886, merujuk pada kejadian yang berlaku selepas suatu pengeboman tunjuk perasaan buruh di Medan Haymarket, Chicago, Illinois, A.S.[2] Ia bermula sebagai suatu perhimpunan aman pekerja yang mogok mahukan kerja lapan jam sehari dan terhadap pembunuhan beberapa buruh oleh polis hari sebelumnya. Seseorang yang tidak diketahui membaling bom dinamit kepada polis semasa mereka mahu menyuraikan perhimpunan awam itu. Letupan bom dan tembakan yang menyusul menyebabkan kematian tujuh anggota polis dan sekurang-kurangnya empat orang awam; ramai lagi yang cedera.
Dalam tindakan undang-undang yang menyusul, lapan orang penganut anarki disabitkan berkomplot. Buktinya salah seorang defendan mungkin membuat bom tersebut, namun tiada siapa yang dibicarakan membalingnya.[3][4][5][6] Tujuh dijatuhkan hukuman mati manakala seorang lagi dihukum 15 tahun pernjara. Hukuman mati dua defendan diringankan Gabenor Illinois Richard J. Oglesby kepada penjara seumur hidup, dan seorang membunuh diri dalam penjara sebelum digantung. Empat yang lain digantung pada 11 November 1887. Pada 1893, gabenor baru Illinois John Peter Altgeld mengampunkan defendan yang masih hidup dan mengkritik perbicaraan tersebut.
Rusuhan ini dianggap penting sebagai asal-usul sambutan Hari Buruh Antarabangsa (May Day) bagi golongan pekerja.[7][8] Tapak kejadian ini ditetapkan sebagai sebuah mercu tanda Chicago pada 1992,[9] dan satu arca awam didedikasikan pada 2004. Manakala Haymarket Martyrs' Monument di tapak pengebumian defendan di Forest Park berhampiran ditetapkan sebagai Mercu Tanda Sejarah Kebangsaan pada 1997.[10]