3 orang Melayu dan seorang warga asing cedera (Hari pertama)
Seorang anggota polis cedera (Hari pertama); Seorang anggota bombacedera parah dipukul perusuh dan dihantar ke pusat rawatan (Hari kedua), meninggal dunia 21 hari selepas kejadian
1 kematian ≥ 10 tercedera 106 ditangkap
Artikel ini adalah sebahagian daripada siri rencana tentang Muhyiddin Yassin
Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman merupakan insiden rusuhan yang telah berlaku selama dua hari dari 26 hingga 27 November 2018 di tapak Kuil Sri Maha Mariamman Seafield dan juga kawasan sekitarnya di USJ 25, Subang Jaya, Petaling, Selangor. Rusuhan ini berpunca daripada perselisihan faham antara pihak kuil dengan pihak pemaju iaitu One City Development Sdn. Bhd. dalam isu pemindahan kuil tersebut. Kesannya, insiden rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakan harta benda awam dan kematian seorang anggota bomba, Muhammad Adib bin Mohd Kassim. Rusuhan ini telah pun mendapat perhatian umum serta liputan yang meluas di media massaMalaysia.[1]