Rusuhan Palestin 1920 | |
---|---|
Lokasi | Jerusalem, Palestin Bermandat |
Koordinat | 31°47′0″N 35°13′0″E / 31.78333°N 35.21667°E |
Tarikh | 4–7 April 1920 |
Jenis serangan | Rusuhan |
Kematian | 5 Yahudi, 4 Arab |
Tercedera | 216 Yahudi, 18 Arab, 7 British |
sunting · sunting di Wikidata |
Pemberontakan Palestin 1920 atau Pemberontakan Nabi Musa berlaku di wilayah mandat British di Palestin pada 4 hingga 7 April 1920 di sekitar Kota Lama Jerusalem.
Peristiwa ini berlaku pada waktu cuti umum tempatan Islam dan dinamakan bersempena Nabi Musa, dan diikuti oleh meningkatnya ketegangan dalam hubungan Arab-Yahudi berkaitan kesan penghijrahan Zionis, ketegangan yang berlaku serentak dengan serangan ke atas penempatan Yahudi di Galilee. Ucapan-ucapan para pemimpin agama Arab semasa perayaan, di mana secara tradisinya ramai umat Islam berkumpul untuk upacara keagamaan, merebak dengan berlakunya serangan ke atas bandar Yahudi.
Tindakan pentadbiran tentera Britain gagal membendung rusuhan ini, yang mana berlanjutan sehingga empat hari. Akibatnya, kepercayaan di antara Britain, Yahudi dan Arab terhakis. Satu kesannya adalah komuniti Yahudi meningkatkan tindakan infrastuktur dan keselamatan secara persendirian yang mana selari dengan pentadbiran Britain.
Empat orang Arab dan lima orang Yahudi terbunuh, manakala yang cedera seramai 216 orang Yahudi dengan 18 kritikal dan 23 orang Arab dengan satu kritikal.