Sabah سابه | |
---|---|
Wilayah Sabah | |
Nama panggilan: 'Negeri Di Bawah Bayu'[2] | |
Cogan kata: Sabah Maju Jaya[3] | |
Lagu: Sabah Tanah Airku[4] | |
Ditubuhkan dibawah Empayar Brunei | abad ke-15 |
British Borneo Utara | 1882 |
Penduduk Jepun | 1942 |
Jajahan Mahkota British | 15 Julai 1946 |
Memperoleh pemerintahan sendiri | 31 Ogos 1963[5][6][7][8] |
Bergabung dengan Malaya, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Persekutuan Malaysia[9] | 16 September 1963[10] |
Ibu Negeri (dan bandar terbesar) | Kota Kinabalu |
Bahagian | |
Pentadbiran | |
• Jenis | Sistem Demokrasi Berparlimen dan Sistem Ketua Kerajaan Negeri |
• Badan | Dewan Undangan Negeri Sabah |
• Yang di-Pertua Negeri | Juhar Mahiruddin |
• Ketua Menteri | Hajiji Noor (GRS) |
Keluasan | |
• Jumlah | 73,904 km2 (28,534 batu persegi) |
Aras tertinggi | 4,095 m (13,435 ft) |
Penduduk (2021)[11] | |
• Jumlah | ▲ 3,418,785 (ke−2) |
• Kepadatan | 52/km2 (130/batu persegi) |
Demonim | Orang Sabah |
Demografik (2010)[12] | |
• Kumpulan etnik |
|
• Dialek | Melayu Sabah • Melayu Brunei • Bahasa Kadazandusun • Hakka • Dusun |
Indeks Wilayah | |
• IPM (2022) | 0.772(Tinggi) (ke-13)[13] |
• Kadar kesuburan (2017) | 1.4[11] |
• KDNK (2020) | RM77,506 juta[11] |
Zon waktu | UTC+8 (Waktu Piawai Malaysia[14]) |
Poskod | |
Kod kawasan | 087 (Bahagian Pedalaman) 088 (Kota Kinabalu dan Kudat) 089 (Lahad Datu, Sandakan dan Tawau)[17] |
Kod ISO 3166 | H (MY-12, 47–49)[18] |
Pendaftaran kenderaan | SA, SAB, SAC, SY (Pantai Barat) SB (Beaufort) SD (Lahad Datu) SK (Kudat) SS, SSA, SM (Sandakan) ST, STA, SW (Tawau) SU (Keningau)[19] |
Nama bekas | Borneo Utara |
Bahasa rasmi & diiktiraf | Melayu & Inggeris |
Bahagian Memandu | Kiri |
Voltan elektrik | 230 V, 50 Hz |
Laman sesawang | Tapak web rasmi |
Sabah juga dikenali sebagai Sabah Negeri Dibawah Bayu (Tulisan Jawi: سابه نݢري دباوه بايو) ialah salah satu wilayah yang membentuk Persekutuan Malaysia bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, dan Singapura pada 16 September 1963. Sabah terletak di bahagian utara pulau Borneo. Ibu Negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Kedudukan Sabah yang sangat strategik yang terletak di bawah laluan angin monsun dan tidak pernah dilanda ribut taufan, kecuali beberapa ribut tropika berskala kecil. Sabah ialah wilayah kedua terbesar di Malaysia. Luas dataran kawasan Wilayah Sabah dijangkau kira-kira 72,500 kilometer persegi, dan bersempadan dengan wilayah Sarawak, dan terpisah dari Wilayah Persekutuan Labuan di Malaysia. Selain itu, Sabah juga mempunyai sempadan antarabangsa darat di bahagian selatan wilayah berserta Laut Sulawesi dengan Indonesia, dan sempadan air di utara Laut Sulu dengan Filipina serta di barat Laut China Selatan dengan Brunei dan Vietnam dengan anggaran garis pantainya sepanjang 1,290–1,450 km. Sabah terletak di bahagian paling utara Borneo selaku pulau ketiga terbesar dunia. Sabah beriklim hutan hujan tropika dan mempunyai gunung tertinggi di asia tenggara, Gunung Kinabalu, dengan ketinggian 4,101 meter, dan menjadi sebahagian daripada kawasan banjaran Crocker. Rangkaian banjaran (julat) di Sabah— Crocker, Trusmadi dan Witti adalah bergerigi di pedalaman dan merangkumi banyak puncak hingga mencapai ketinggian antara 1,200 ke 1,800 meter. Di antara Banjaran Crocker dan laut di pantai barat ialah dataran pantai yang luas dan berpenduduk ramai; dataran lain seperti di Tenom, Tambunan dan Keningau, terletak di pedalaman di antara jisim gunung, manakala dataran rendah timur sebahagiannya dibedah penembusan.
Sabah pernah dikenali sebagai Negara Borneo Utara (State of North Borneo) semasa zaman penjajahan British sehingga tahun 1963. Mempunyai sejarah silam tersendiri, malah terhubung kait juga dengan sejarah Brunei-Filipina. Wilayah ini pernah dimiliki sebagai sebahagian Kesultanan Srivijaya, Majapahit, Brunei, Sulu sebelum pemerintahan kolonial British (SBUB dan Pemerintahan Koloni Inggeris) dan Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Sekarang ia adalah sebahagian dari Malaysia.
Negeri Sabah bersistemkan demokrasi berpelembagaan sejak masa bekerajaan sendiri pada tahun 1963. Dengan badan perundangan negeri tersendiri, ketua negara ialah Yang di-Pertua Negara Sabah (dahulunya Gabenor Sabah), Ketua Menteri sebagai ketua kerajaan di Sabah, dan dibantu oleh Jemaah Menterinya. Sabah juga merupakan salah satu dari empat wilayah (dua daripadanya adalah negeri di Semenanjung) di Malaysia yang tidak mempunyai sultan atau raja di peringkat wilayah. Berpandukan kepada sistem Westminister yang diwariskan pemerintahan British, dan juga salah satu Wilayah terawal yang mengguna pakai sistem ini. Sabah mempunyai 5 kawasan (bahagian) pentadbiran dan 27 daerah. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, diikuti Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di Sabah.
Penduduk Sabah atau suka menggelarkan sebagai Sabahan, dan terdiri daripada 33 kumpulan peribumi (bumiputera Sabah) yang berkomunikasi dalam lebih 50 bahasa dan 80 dialek etnik. Terdapat satu dialek Melayu yang digunakan iaitu Bahasa Melayu Sabah. Kumpulan etnik terbesar di Sabah ialah Kadazan-Dusun yang merangkumi hampir 30% penduduk di Sabah. Pesta Kaamatan yang disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun ialah perayaan yang disambut oleh warga Kadazan-Dusun dengan tujuan untuk mengekalkan tradisi semangat padi atau "Bambarayon" serta menzahirkan rasa syukur mereka kerana hasil tuaian yang lumayan. Etnik utama lain di Sabah ialah Bajau Samah, dan Murut, iaitu orang-orang bukit dan pemburu kepala pada masa lalu, ialah kumpulan etnik kedua dan ketiga terbesar di wilayah Sabah, masing-masing. Suku-suku lain Sabah termasuk Orang Sungai, Bajau, Iranun, Melayu Brunei, Banjar, Bugis, Kedayan, Lotud, Lundayeh, Rungus, Sepanyol, Minokok, Bonggi, dan Ida'an. Selain itu, bangsa Cina atau campuran Cina-Dusun (Sino/ Sino-native) juga menjadi kumpulan utama peribumi di Wilayah Sabah.
|url=
value (bantuan) pada 8 July 2015. Dicapai pada 12 July 2016. Text "publish Digest" ignored (bantuan)