Sacramento ialah ibu negeri California Amerika Syarikat. Bandar ini yang terletak di tepi Sungai Sacramento dan di selatan kuala Sungai Amerika didirikan pada tahun 1848.
Bandar ini memiliki luas wilayah 257.0 km², di mana 251.6 km² adalah tanah dan 5.4 km² air. Penduduk bandar ini adalah seramai 460,242 orang mengikut anggaran tahun 2007. Kawasan Metropolitan Sacramento yang termasuk kaunti El Dorado, Placer, Sacramento, dan Yolo pula memiliki jumlah penduduk seramai 2,136,604 orang.