Sahur

Çiğ köfte disediakan untuk sahur, Turki

Sahur (Jawi: سحور) ialah istilah yang digunakan oleh umat Islam bagi merujuk kepada perbuatan makan pada waktu pagi sebelum berpuasa di siang harinya, baik secara fardhu pada bulan Ramadan mahupun pada hari-hari lain yang disunatkan berpuasa. Perbuatan ini dilakukan sebelum masuknya waktu Solat Subuh, sebelum azan subuh mula berkumandang mengikut kiraan waktu solat di kawasan tempatan. Untuk mengelakkan kekeliruan antara kedua-dua terma, sahur ialah perbuatan makan di waktu awal pagi (sebelum azan subuh), manakala iftar ialah perbuatan makan di waktu petang (sewaktu bermulanya azan maghrib) untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan.

Istilah "sahur" pinjaman Arab: سَحُور, rumi: saḥūr terbitan kata سحرsaḥr yang bererti "penghujung malam sebelum fajar mendatang dan langit yang gelap diterangi" (آخر اللَّيْل قبيل الْفجْر وَمن الشَّيْء طرفه وَالْبَيَاض يَعْلُو السوَاد‎).[1]

  1. ^ "الــسحر". Al-Muʿjam al-Wasīṭ li-Majmuʿah min al-Mu'alifīn. Kaherah, Mesir: Akademi Bahasa Arab. 1998. Dicapai pada 27 Oktober 2022 – melalui The Arab Lexicon Hawramani.

Developed by StudentB