Sains politik

Sains politik ialah sains sosial yang membincangkan teori dan amalan politik serta penghuraian dan pengupasan sistem dan kelakuan politik. Ahli sains politik "menganggap diri sebagai terlibat dalam pendedahan hubungan yang tersirat di sebalik peristiwa dan keadaan politik, dan berdasarkan pendedahan inilah mereka cuba membina prinsip-prinsip am mengenai cara penjalanan dunia politik."[1] Sains politik terdiri daripada beberapa subbidang, seperti: teori politik, dasar awam, politik negara, hubungan antarabangsa, dan politik perbandingan.

Sains politik banyak perkaedahannya, antara disiplin-disiplinnya termasuk teori pilihan rasional, falsafah politik klasik, positivisme, interpretivisme, strukturalisme, pasca-strukturalisme, behaviouralisme, realisme, pluralisme, dan institutionalisme. Sains politik sebagai salah satu cabang sains sosial, menggunakan kaedah dan teknik yang berkenaan dengan jenis-jenis hasil penyelidikan yang dicari: bagi sumber primer seperti dokumen bersejarah dan catatan rasmi, mahupun sumber sekunder seperti rencana jurnal ilmiah, penyelidikan tinjauan, analisa statistik, kajian kes dan pembinaan model.


Developed by StudentB