Sakoku

Kapal jung Cina di Jepun, pada masa awal zaman Sakoku (1644-1648, cetakan blok kayu Jepun).

Sakoku (鎖国, harfiah: negara terkunci / negara terrantai) adalah Polisi luar negeri Jepun, yang mengatakan bahawa orang asing yang tidak diizinkan memasuki Jepun sementaranya warga Jepun tidak diizinkan meninggalkan Jepun, di bawah ancaman hukuman mati. Polisi tersebut digubalkan ketika Keshogunan Tokugawa berada di bawah pimpinan Tokugawa Iemitsu, melalui sejumlah dekrit dan Polisi yang dikeluarkan pada tempoh tahun 1633-1639. Polisi tersebut berterusan sehingga kedatangan Komodor Matthew Perry pada tahun 1853 dan pembukaan Jepun. Namun, warga Jepun masih dilarang meninggalkan Jepun sehingga berlakunya Pemulihan Meiji (1868).

Istilah Sakoku berasal dari karya sastera Sakoku-ron (鎖国論), yang ditulis oleh Shitsuki Tadao pada tahun 1801. Shitsuki meciptakan kata tersebut ketika sedang menerjemahkan karya-karya Engelbert Kaempfer, seorang pengelana Jerman abad ke-17 yang menceritakan mengenai pengalamannya di Jepun. Istilah yang paling sering digunakan saat ini untuk merujuk polisi ini adalah kaikin (海禁, pembatasan laut).

Jepun sebenarnya tidaklah begitu diasingkan dengan pelaksanaan polisi ini. Ia lebih kepada suatu sistem di mana peraturan-peraturan ketat diterapkan untuk perdagangan dan hubungan luar negeri oleh keshogunan, dan oleh pihak-pihak feudal tertentu (han) lainnya.

Polisi ini menetapkan bahawa satu-satunya pengaruh Eropah yang diizinkan masuk adalah pabrik (kantor perdagangan) Belanda di Dejima, Nagasaki. Demikian pula perdagangan dengan Cina juga ditangani di Nagasaki, dan perdagangan ini sangat penting bagi Jepun. Selain itu, perdagangan dengan Korea dilakukan melalui Domain Tsushima (sekarang sebahagian daripada Prefektur Nagasaki), dengan orang Ainu melalui Domain Matsumae di Hokkaido, dan dengan Kerajaan Ryūkyū melalui Domain Satsuma (kini Prefektur Kagoshima). Selain melakukan hubungan komersial langsung dengan wilayah-wilayah yang bersempadanan, semua negara yang diizinkan berdagang dengan Jepun dikehendaki mengirimkan utusan pembawa upeti secara teratur ke pusat kerajaan shogun di Edo. Di saat para utusan menempuh perjalanan merentasi Jepun ke kota tersebut, warga Jepun pun sekilas dapat melihat kebudayaan bangsa-bangsa asing imi.


Developed by StudentB