Sam Rockwell

Sam Rockwell
Rockwell di Festival Filem Tribeca 2018
Kelahiran
Samuel Rockwell

(1968-11-05) 5 November 1968 (umur 56)
Pusat pendidikanRuth Asawa San Francisco School of the Arts
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1988–kini
Rakan kongsi domestikLeslie Bibb (2007–kini)
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"

Samuel Rockwell (lahir 5 November 1968) ialah seorang pelakon lelaki Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan peranan utama dalam Lawn Dogs (1997), Confessions of a Dangerous Mind (2002), Matchstick Men (2003), The Hitchhiker's Guide to the Galaxy (2005), Moon (2009), Seven Psychopaths (2012), Mr. Right (2015) dan Richard Jewell (2019). Beliau juga menjayakan watak pembantu dalam The Green Mile (1999), Galaxy Quest (1999), Frost/Nixon (2008), Iron Man 2 (2010), Conviction (2010) dan The Way, Way Back (2013). Beliau juga terkenal dengan watak "Head Thug" dalam Teenage Mutant Ninja Turtles (1990).

Pada tahun 2017, persembahan Rockwell sebagai pegawai polis bermasalah dalam filem jenayah Three Billboards Outside Ebbing, Missouri memenanginya Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.[1][2][3][4] Beliau telah dinamakan dalam kategori yang sama tahun berikutnya untuk watak George W. Bush lakonannya dalam satira politik Vice. Pada tahun 2019, beliau mmegang watak Bob Fosse dalam siri mini biografi FX Fosse/Verdon, mendapatkannya sebagai pencalonan untuk Anugerah Emmy Primetime untuk Pelakon Utama Cemerlang dalam Siri Terhad.

  1. ^ "Sam Rockwell". GoldenGlobes.com. Hollywood Foreign Press Association. Dicapai pada January 7, 2018.
  2. ^ "The 24th Annual Screen Actors Guild Awards". SAGAwards.org. Screen Actors Guild. Dicapai pada January 7, 2018.
  3. ^ "Film - Supporting Actor in 2018". BAFTA.org. British Academy of Film and Television Arts. Dicapai pada January 30, 2018.
  4. ^ "THE 90TH ACADEMY AWARDS - 2018". Oscars.org. Academy of Motion Picture Arts and Sciences. Dicapai pada January 30, 2018.

Developed by StudentB