Samy Vellu

S. Samy Vellu
SSM; SPMJ (Johor); SSAP (Pahang); SUMW (WP); SPMP (Perak); PNBS (Sarawak); DPMS, SMS (Selangor); PCM (Perak)
Menteri Kerja Raya Malaysia
Dalam jawatan
1995–2008
Didahului olehLeo Moggie
Digantikan olehMohd Zin Mohamed
Dalam jawatan
1980–1989
Didahului olehLee San Choon
Digantikan olehLeo Moggie
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Sungai Siput, Perak
Dalam jawatan
1974–2008
Didahului olehV. T. Sambanthan
Digantikan olehMichael Jeyakumar Devaraj
Presiden Kongres India Malaysia ke-7
Dalam jawatan
12 Oktober 1979 – 6 Disember 2010
TimbalanS. Subramaniam (1976-2006) & G. Palanivel (2006-2010)
Didahului olehTan Sri Dato' V. Manickavasagam
Digantikan olehG. Palanivel
Maklumat peribadi
Lahir
Samy Vellu a/l Sangalimuthu

(1936-03-08)8 Mac 1936
Kluang, Johor, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (kini Malaysia)
Mati15 September 2022(2022-09-15) (umur 86)
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politik BN-MIC
PasanganToh Puan Indrani Samy Vellu (kedua)
PertalianVell Paari (anak)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanArkitek

Tun Samy Vellu s/o Sangalimuthu (Tamil: சாமிவேலு சங்கிலிமுத்து, rumi: Cāmivēlu Caṅkilimuttu, Cāmivēlu Caṅkilimuttu; 8 Mac 1936 – 15 September 2022)[1] adalah seorang ahli politik Malaysia.Beliau merupakan ahli dan berkhidmat sebagai Presiden ke-7 Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti komponen gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN), dari Oktober 1979 hingga Disember 2010. Beliau adalah presiden MIC yang paling lama berkhidmat, memegang jawatan tersebut selama 31 tahun, dan salah seorang menteri Kabinet yang paling lama berkhidmat selama 29 tahun[2]

Beliau berkhidmat sebagai Menteri Kerja Raya Malaysia dari Jun 1983 hingga Jun 1989 dan sekali lagi dari Mei 1995 hingga Mac 2008, Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dari Jun 1989 hingga Mei 1995, Menteri Kerja Raya dan Kemudahan Awam dari September 1979 hingga Jun .Beliau juga merupakan Ahli Parlimen (MP) untuk Sungai Siput dari September 1974 hingga Mac 2008.

Beliau juga merupakan salah seorang ahli politik keturunan India yang paling berpengaruh di Malaysia kontemporari. Beliau memainkan peranan penting dalam politik dan pembangunan Malaysia sepanjang tempoh perkhidmatannya.Ramai ahli politik dari kedua-dua pihak pemerintah dan pembangkang menggambarkan Samy Vellu sebagai seorang yang memiliki banyak bakat dan gemar berjenaka.[3]

Samy Vellu telah meninggal dunia ketika sedang tidur di rumahnya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada jam 8.00 pagi, 15 September 2022.[4][5]

  1. ^ Former Malaysian minister Samy Vellu dies, aged 86
  2. ^ Narayanan, Bernice (2010). A Life, a Legend, a Legacy: Dato' Seri S. Samy Vellu. BN Communications. m/s. 200. ISBN 9789834150563.
  3. ^ "Samy Vellu a man of many talents and great sense of humour, says Dr Ling". TheStarTV.com (dalam bahasa Inggeris). 2022-09-16.
  4. ^ "Samy Vellu passes away at age 86". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 2022-09-15.
  5. ^ "'Tun Samy Vellu mentor saya sejak di bangku sekolah' - Saravanan". www.astroawani.com. 2022-09-16.

Developed by StudentB