Republik Teramat Mulia San Marino ريڤوبليك ترامت موليا سن مارينو Serenissima Repubblica di San Marino | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: Libertas (Latin) "Kebebasan" | |||||
Lagu kebangsaan: "Inno Nazionale della Repubblica" | |||||
Ibu negara | San Marino | ||||
Bandar terbesar | Serravalle | ||||
Bahasa rasmi | bahasa Itali1 | ||||
Kerajaan | Republik | ||||
Alessandro Rossi Milena Gasperoni | |||||
Luca Beccari | |||||
Penubuhan | |||||
• Tarikh | 3 September 301 M | ||||
diabaikan | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan Januari 2005 | 28,117 (ke-212) | ||||
KDNK (PPP) | 2001 | ||||
• Jumlah | $904 juta (ke-195) | ||||
$34,600 (12th) | |||||
HDI (2013) | 0.875[1] sangat tinggi · ke-26 | ||||
Mata wang | Euro (€) ( EUR ) | ||||
Zon waktu | UTC+1 (CET) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+2 (CEST) | ||||
Kod panggilan | 378 | ||||
Kod ISO 3166 | SM | ||||
DPT internet | .sm | ||||
1 "SAN MARINO" (PDF). UNECE. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-09-26. Dicapai pada 2007-09-03. |
Republik Teramat Mulia San Marino (/ˌsæn məˈriːnoʊ/, Bahasa Itali: sam maˈriːno; Jawi: سن مارينو ), secara rasminya dikenali sebagai Republik San Marino (Itali: Repubblica di San Marino; Romagnol: Ripóbblica d' San Marein), juga dikenali dengan Most Serene Republic of San Marino (Itali: Serenissima Repubblica di San Marino) (Itali: Serenissima Repubblica di San Marino ) ialah sebuah negara di Pergunungan Apennine dan juga sebuah enklaf tidak berpantai yang dikelilingi sepenuhnya oleh Itali. Selaku salah sebuah negeri mikro di Eropah, San Marino mempunyai populasi terkecil di kalangan semua ahli Majlis Eropah.
Mengikut tradisi, San Marino merupakan republik berpelembagaan tertua di dunia yang masih wujud, sejak penubuhannya pada tahun 301 Masihi oleh Marinus dari Rab, seorang tukang batu beragama Kristian yang melarikan dirinya daripada penindasan terhadap penganut agama Kristian oleh Maharaja Diocletian di Rom. San Marino mempunyai perlembagaan bertulis tertua yang masih dipakai, iaitu sejak tahun 1600.[2]