Sandakan سنداکن Elopura | |
---|---|
Bandaraya dan Daerah | |
Nama panggilan: The Nature City, Little Hong Kong | |
Koordinat: 05°50′0″N 118°07′0″E / 5.83333°N 118.11667°EKoordinat: 05°50′0″N 118°07′0″E / 5.83333°N 118.11667°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Bahagian Sandakan, Sabah |
Empayar Brunei | kurun ke 15–1658 |
Kesultanan Sulu | 1658–1882 |
Diduduki oleh Syarikat Borneo Utara Inggeris | 21 Jun 1879 |
Disahkan menjadi ibukota Borneo Utara | 1884 |
Ditamatkan sebagai ibukota | 1946 |
Perbandaran | 1 Januari 1982 |
Bandaraya | TBA |
Daerah | Sandakan |
Pentadbiran | |
• Badan | Majlis Perbandaran Sandakan |
• Presiden MPS | Henry Idol |
• MP | •Yang Berhormat Datuk Suhaimi Nasir (UMNO) (Libaran)
•Yang Berhormat Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan (GRS) (Batu Sapi) |
Keluasan | |
• Jumlah | 2,266 km2 (875 batu persegi) |
Aras | 10 m (30 ft) |
Aras Terendah | 0 m (0 ft) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 396,290 |
• Kepadatan | 170/km2 (450/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak dilihat |
Poskod | 90000 to 90999 |
Kod kawasan | 089 |
Nombor pendaftaran kenderaan | SS (1980-2018) SM (2018-) |
Laman sesawang | mps |
Sandakan (Tulisan Jawi: سنداکن), merupakan salah sebuah bandaraya utama di Sabah dan merupakan bandar kedua terbesar di negeri tersebut. Kedudukan Sandakan di Teluk Sandakan menjadikannya sebuah pelabuhan yang baik. Sandakan berada di sebelah pantai timur pulau Borneo dan mempunyai penduduk berjumlah 479,121 orang (2009). Penduduk bumiputera Suku Bangsa Sungai ,dusun dan bukan Bumiputera Bangsa Cina ,Cina dan juga bangsa lain yang merantau ke Sandakan ataupun Sabah Seperti Bugis daripada pelusuk indonesia , Suluk ,Bajau daripada pelusuk Philipines serta suku lain yang telah menetap sekian lama di Sandakan menjadi sebahagian penduduk tetap Sandakan.
Dari segi sejarah, bandar ini pernah menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri Borneo Utara semasa zaman pemerintahan British. Kawasan ini juga pernah menjadi tapak kem tahanan perang dan pembinaan lapangan terbang tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua 1941-1945. Peristiwa Kawat Maut Sandakan di penghujung perang dunia kedua bermula di daerah ini.
Dari segi pelancongan, Sandakan terkenal sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Sabah; contohnya Sungai Kinabatangan, Gua Gomantong, Taman Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan Taman Pulau Penyu. Lapangan Terbang Sandakan merupakan lapangan terbang yang menjadi pintu masuk utama para pelancong dari seluruh Malaysia dan luar negara ke bandar ini.