Sarajevo | |
---|---|
Negara | Bosnia dan Herzegovina |
Entiti | Persekutuan Bosnia dan Herzegovina |
Kanton | Kanton Sarajevo |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Semiha Borovac |
Keluasan | |
• Bandar Raya | 141.5 km2 (54.6 batu persegi) |
Aras | 500 m (1,640 ft) |
Penduduk (2006) | |
• Bandar Raya | 429,672 |
• Kepadatan | 2,149/km2 (5,570/batu persegi) |
• Bandar | 402.000 |
• Metro | 701,118 |
Zon waktu | UTC+1 (CET) |
Kod kawasan | +387 (33) |
Laman sesawang | City of Sarajevo |
Sarajevo (Сарајево, [ˌsærəˈjeɪvoʊ]) merupakan ibu negara dan bandar terbesar Bosnia dan Herzegovina. Ia juga merupakan ibu kota entiti Persekutuan Bosnia dan Herzegovina. Bandar ini terkenal kerana penduduknya yang berbilang agama. Penganut Yahudi, Islam, serta Kristian pelbagai mazhab telah mendiami bandar ini beratus-ratus tahun dengan aman dan damai.
Pada 1914, bandar ini merupakan tempat tercetusnya Perang Dunia Pertama, apabila Archduke Franz Ferdinand dari Austria mati dibunuh oleh seorang pengganas Serbia. Pada April 1992 sehingga 1996, Sarajevo telah dikepung oleh Angkatan Tentera Yugoslavia semasa Perang Bosnia.
Kini, Sarajevo merupakan pusat kebudayaan dan pertumbuhan ekonomi Bosnia dan Herzegovina yang berada dalam tempoh pemulihan selepas Perang itu.