Sauerkraut ([sa-wĕ-kraut], bahasa Jerman: [ˈzaʊɐˌkʁaʊt] ( dengar), 'kubis masam') dibuat dengan menapai kubis mentah mengunakan pelbagai jenis bakteria asid laktik.[1][2] Asid laktik yang terhasil daripada penapaian gula dalam daun-daun kobis yang diracik ini memberikan ia rasa masam yang unik serta jangka hayat yang panjang.[3][4]
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 78 kJ (19 kcal) |
Karbohidrat | 4.3 g |
- Gula | 1.8 g |
- Serabut diet | 2.9 g |
Lemak | 0.14 g |
Protein | 0.9 g |
Air | 92 g |
Vitamin B6 | 0.13 mg (10%) |
Vitamin C | 15 mg (18%) |
Besi | 1.5 mg (12%) |
Natrium | 661 mg (44%) |
Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient Database |