Sejarah anime

Sejarah anime telah bermula sejak abad ke-20 lagi, apabila pembuat filem orang Jepun menguji kaji dengan teknik animasi yang telah diterokai oleh Barat. Semasa tahun 1970-an, anime berkembang jauh, berpisah daripada akar umbi animasi Barat, dan berkembang kepada beberapa genre seperti mecha dan subgenrenya iaitu Robot Super. Rancangan yang tertentu dalam era ini ialah Lupin III dan Mazinger Z. Beberapa pembuat filem semakin terkenal dalam era ini terutamanya Hayao Miyazaki dan Mamoru Oshii.

Pada tahun 1980-an, anime telah diterima dalam aliran utama di Jepun, dan mengalami lonjakan saujana dalam produksi. Kemunculan seperti Gundam, Macross, Dragon Ball, dan Real Robot serta genre opera angkasa juga mengalami penerimaan yang tinggi. Filem Akira mencatat rekod pada tahun 1988 bagi kos penghasilan filem anime dan kemudian menjadi satu kejayaan di seluruh dunia. Kemudiannya pada tahun 2004, pencipta yang sama mencipta Steamboy, yang menjatuhkan kesemua filem anime yang termahal. The Super Dimension Fortress Macross juga menjadi satu kejayaan di seluruh dunia selepas diadaptasikan sebagai sebahagian daripada Robotech, dan Megazone 23 juga mendapat pengiktirafan di Barat selepas ia diadaptasikan sebagai Robotech: The Movie.[perlu rujukan]

Internet telah membangkitkan anime fansub. Spirited Away memenangi hadiah pertama di Festival Filem Berlin 2012 dan juga pertama dalam Anugerah Akademi 2003 untuk Animasi Pilihan Terbaik, sambil Innocence: Ghost in the Shell juga telah dicalonkan dalam Festival Filem Cannes.


Developed by StudentB