Sekatan berbayar

Penyekatan berbayar (bahasa Inggeris: paywall) adalah suatu cara menghalang pengaksesan kandungan sebebasnya melainkan dengan pembelian atau langganan berbayar terus kepada penerbit kandungan berkenaan. Ia amat lazim kebelakangan ini oleh syarikat-syarikat penerbitan surat khabar tertentu (seperti The Times dan Berita Harian Singapura) di laman web mereka sebagai cara meningkatkan pendapatan yang menyusut berikutan menurunnya pendapatan daripada langganan cetakan serta pendapatan wang hasil pengiklanan luar dan dalam talian (sebahagiannya disebabkan oleh penggunaan penyekat iklan) selama bertahun-tahun.[1] Terbitan-terbitan penyelidikan sering tertakluk kepada kaedah begini agar ia hanya boleh didapati melalui perpustakaan akademik yang melanggan kepada pihak penyedia kandungan sedemikian.[2][3]

Konsep penyekatan ini mula dipelopori The Wall Street Journal pada tahun 1996 dengan suatu penyekatan "keras" dikenakan;[4] pendekatan ini tidak menjejaskan lingkungan pembacaan mereka secara meluas, malah ia sedikit sebanyak membantu akhbar tersebut memperolehi lebih daripada satu juta orang pelanggan menjelang pertengahan tahun 2007,[5] serta 15 juta orang pelawat pada Mac tahun berikutnya.[6]

  1. ^ Preston, Peter (7 Ogos 2011). "A Paywall that pays? Only in America". The Guardian. London. Dicapai pada 22 Oktober 2011.
  2. ^ Sample, Ian (2012). "Harvard University says it can't afford journal publishers' prices" (PDF). The Guardian 24. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-10-01. Dicapai pada 2020-01-23.
  3. ^ Skirting Around Paywalls: How Scientists Quickly Get the Articles They Need
  4. ^ Salwen, Michael B.; Garrison, Bruce; Driscoll, Paul D. (2004). Online News and the Public. Routledge. m/s. 136. ISBN 978-1-135-61679-3.
  5. ^ "The media's". The Week. 30 July 2010.
  6. ^ "Whoah! WSJ.com Quietly Makes Big Traffic Strides". Condé Nast. 11 April 2008. Dicapai pada 14 April 2008. No wonder Rupert Murdoch's in no hurry to do away with The Wall Street Journal's online paywall. Even with it still in place around large sections of the site, traffic is still growing at a most impressive rate.

Developed by StudentB