Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim

Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim
Center
Lokasi
08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Nama lamaGovernment English School, Sultan Abdul Hamid School, Sekolah Menengah Ibrahim
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoFinis Coronat Opus
(Penamat Menentukan Takhta)
Ditubuhkan1919
Autoriti pendidikanKuala Muda / Yan
SesiPagi
Nombor sekolah604-4212633
Kod sekolahKEB3049
Tenaga pengajar102 (2019)
JantinaLelaki dan Perempuan
Bahasa pengantarBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganIbrahim No.1
LaguUsaha Tangga Kejayaan
Faks604-4227461


Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim (singkatan: SMK Ibrahim atau SMKI), ialah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan bersesi pagi yang terletak di bandar Sungai Petani, Kedah. Sekolah ini menawarkan pendidikan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Kemudahan asrama juga ditawarkan bagi pelajar sekolah yang berminat.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim amat dikenali untuk kecemerlangannya dalam bidang akademik dan kokurikulum. Sekolah ini merupakan penerima anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 2019, SMK Ibrahim menjadi sekolah terbaik di negeri Kedah, pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, dari segi bilangan pelajar yang mendapat keputusan semua A+.


Developed by StudentB