Sel (Jawi: سيل ) ialah unit yang berstruktur dan berfungsi dalam semua organisma hidup. Sel merupakan unit terkecil dalam satu organisma yang diklasifikasikan sebagai hidup, dan sering dipanggil blok binaan hidup. Beberapa organisma, seperti kebanyakan bakteria, adalah unisel (terdiri daripada satu sel). Organisma-organisma lain seperti manusia adalah berbilang sel (multisel) (manusia dianggarkan mempunyai 100 trilion atau 1014 sel; saiz sel biasa adalah 10 µm; sel massa biasa adalah 1 nanogram.) Sel terbesar yang pernah dijumpai adalah sel telur burung unta yang tidak disenyawakan.
Pada 1835 sebelum teori sel akhir telah dibangunkan, Jan Evangelista Purkyně memerhatikan "butiran" kecil ketika melihat di tisu tumbuhan terus di bawah mikroskop. Teori sel, mula-mula dibangunkan pada 1839 oleh Matthias Jakob Schleiden dan Theodor Schwann, menyatakan semua organisma itu adalah digubah dari satu atau lebih sel, yang semua sel datang atau wujud dari sel-sel wujud sebelumnya,fungsi-fungsi utama satu organisma berlaku dalam sel, dan semua sel itu mengandungi maklumat mustahak turun-temurun untuk mengatur fungsi-fungsi sel dan untuk menghantar maklumat ke generasi berikutnya.