Geography | |
---|---|
Location | Asia Tenggara |
Coordinates | 7°00′N 100°00′E / 7.000°N 100.000°EKoordinat: 7°00′N 100°00′E / 7.000°N 100.000°E |
Area | 242,363.8 km2 (93,577.2 bt2) |
Administration | |
Semenanjung Tanah Melayu (Jawi: سمننجوڠ تانه ملايو , , Bahasa Thai: คาบสมุทรกระ RTGS: Khābs̄muthr Kra, disebut [kʰâːp.sā.mùt krā];[1] Bahasa Burma: မလေး ကျွန်းဆွယ် ;) atau Semenanjung Malaka[n 1] merujuk kepada tempat yang didiami oleh sebahagian daripada masyarakat etnik Melayu, di daerah Asia Tenggara. Ia terbentang dari Wilayah Tanintharyi,[3] di sebelah selatan Myanmar, membawa ke selatan Thailand, keseluruhan Semenanjung Malaysia hingga ke Riau-Lingga di bawah Kesultanan Johor di bahagian selatan. Titik tersempitnya di Segenting Kra. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatera oleh Selat Melaka. Di seberang timur ialah Laut China Selatan dimana terletaknya pulau Borneo. Bagaimanapun, Tanah Melayu dalam sejarah turut merangkumi bekas wilayah-wilayah Kesultanan Melayu di Selatan Thai seperti Patani yang kini berada di bawah kerajaan Thailand.[4] Tanah Tanjung Piai, Johor merupakan hujung terselatan daratan utama benua Asia. Titik tersempitnya ialah tanah Segenting Kra. Banjaran Titiwangsa yang merupakan sebahagian dari sistem Pergunungan Tenasserim merupakan tulang belakang semenanjung ini. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatera oleh Selat Melaka. Di seberang timur Laut China Selatan terletak pulau Borneo. Bahagian selat terselatan iaitu Selat Tebrau memisahkan tanah besar semenanjung dengan pulau Singapura.
-- Malaka; -- Arab
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "n", tetapi tiada tag <references group="n"/>
yang berpadanan disertakan