Serangan terhadap Batavia | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Napoleon | |||||||
Lukisan karya Thomas Whitcombe yang menggambarkan pelabuhan Batavia pada tahun 1806. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
British | Kerajaan Belanda | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Laksamana Sir Edward Pellew | Laksamana Hartsink | ||||||
Kekuatan | |||||||
Empat kapal layar perang, dua frigat, dan satu kapal brig | Frigat Phoenix, lapan kapal kecil, dan sokongan bersenjata di pantai | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Satu mati, empat cedera | Tidak diketahui, Phoenix, tujuh kapal kecil, dan 20 kapal dagang hancur. Satu kapal brig dan dua kapal dagang disita oleh British. |
Serangan terhadap Batavia pada 27 November 1806 merupakan usaha Tentera Laut British menghancurkan skuadron Belanda di Jawa, Hindia Belanda, yang menjadi ancaman bagi aktiviti pelayaran British di Selat Melaka. Tentera laut British yang diketuai oleh Laksamana Sir Edward Pellew memimpin empat buah kapal perang layar, dua buah frigat, dan sebuah kapal brig menuju Batavia (sekarang Jakarta) untuk menyerang tentera laut Belanda yang terdiri dari sejumlah kapal tiang dan beberapa buah kapal yang lebih kecil. Namun, kapal-kapal besar Belanda telah berlayar menuju Gresik sebulan awal, dan pasukan British hanya bertemu frigat Phoenix dan beberapa kapal kecil yang sedang menghampiri pelabuhan. Semua kru kapal tersebut memilih untuk melarikan diri daripada berhadapan dengan pasukan Pellew. Kapal-kapal yang ditinggalkan kemudian dibakar, dan Pellew, yang tidak menyedari keberadaan tentera laut Belanda di Gresik, kembali ke pusat pangkalannya di Madras pada musim sejuk.
Serangan ini adalah serangan ketiga dalam rangkaian misi melumpuhkan tentera laut Belanda, yang menjadi ancaman besar bagi aktiviti perdagangan British di Selat Melaka. Dalam peristiwa 26 Julai 1806 dan 18 Oktober 1806, frigat British dihantar untuk melakukan intipan di Laut Jawa dan berjaya menyita dua frigat Belanda dan beberapa kapal lainnya. Serangan ini melemahkan kedudukan Batavia sebagai pangkalan utama tentera laut Belanda, tetapi tentera laut Belanda berjaya memindahkan pangkalannya ke Gresik sebelum serangan British. Pellew kemudian memimpin serangan kedua pada tahun berikutnya untuk menyelesaikan misinya. Tiga tahun kemudian, setelah Perancis keluar dari bahagian barat Lautan Hindi, pasukan British memiliki cukup kekuatan untuk memerangi Belanda, yang secara efektif mengakhiri perang di Hindia Timur.