Seratus Hari

Seratus Hari
Sebahagian daripada Perang Napoleon

The Battle of Waterloo, oleh William Sadler II
Tarikh10 Mac sehingga 8 Julai, 1815
Lokasi
Perancis, Belgium (kini), Itali (kini)
Keputusan Kemenangan Campuran, Perjanjian Paris, menamatkan Perang Napoleon
Pihak yang terlibat

Campuran Ketujuh:

 Empayar Austria
 Empayar Rusia
 Prusia
United Kingdom United Kingdom
Wilayah Hanover Hanover
Nassau
Brunswick
 Sweden
Kerajaan Bersatu Netherlands Kesatuan Netherlands
Sepanyol Sepanyol
Portugal Portugal
Sardinia Sardinia
Kerajaan Dua Sicilia Sicily
Tuscany Tuscany
Perancis Setiaraja Perancis
Perancis Empayar Perancis
Kerajaan Dua Sicilia Naples
Komandan dan pemimpin
United Kingdom Duke dari Wellington
Prusia Gebhard von Blücher
Empayar Austria Frederick Bianchi
Perancis Napoleon I dari Perancis
Perancis Marquis de Grouchy
Kerajaan Dua Sicilia Joachim Murat
Kekuatan
800,000 – 1,000,000[1] 280,000[1]
Kerugian dan korban
45,825+ terbunuh, cedera, atau ditawan[perlu rujukan] 68,000+ terbunuh, cedera, ditawan, atau hilang[perlu rujukan]

Seratus Hari,[2] kadang kala dikenali sebagai Seratus Hari bagi Napoleon atau Seratus Hari Napoleon menandakan satu tempoh di antara kepulangan Maharaja Napoleon I dari Perancis dari buangan di Elba ke Paris pada 20 Mac, 1815 dan pengembalian semula Raja Louis XVIII buat kali kedua pada 8 Julai, 1815 (tempoh selama 111 hari).[3] Tempoh ini berlakunya Perang Campuran Ketujuh, dan termasuk Kempen Waterloo[4] dan Perang Neapolit. Frasa les Cent Jours telah pertama kali digunakan oleh pengawas dari Paris, Gaspard, comte de Chabrol, dalam ucapan selamat datang kepada Raja.

Napoleon pulang sewaktu Kongres Vienna sedang bersidang. Pada 13 Mac, tujuh hari sebelum Napoleon tiba di Paris, kuasa-kuasa di Kongres Vienna mengistiharkan beliau seorang penjenayah; empat hari kemudian United Kingdom, Rusia, Austria dan Prusia, ahli-ahli dalam Campuran Ketujuh, berjanji akan menyumbangkan 150,000 tentera dari setiap negara ke medan perang bagi menamatkan pemerintahan beliau.[5] Kejadian ini menjadi pentas untuk konflik terakhir dalam Perang Napoleon, iaitu kekalahan Napoleon dalam Pertempuran Waterloo,[6] pengembalian semula keberajaan Perancis untuk kali kedua dan pembuangan kekal Napoleon ke pulau yang jauh di Saint Helena, di mana beliau meninggal dunia pada bulan Mei 1821.

  1. ^ a b Chandler (1966), p. 1015
  2. ^ Perancis: les Cent-Jours, IPA: [le sɑ̃ ʒuʁ]
  3. ^ Sejarah berbeza berkenaan tarikh mula dan tamat Seratus Hari; tempoh popular yang lain adalah bermula dari 1 Mac, apabila Napoleon Bonaparte mendarat di Perancis, sehingga kekalahan beliau di Waterloo pada 18 Jun.
  4. ^ Encyclopaedia Britannica Eleventh Edition "Waterloo Campaign"
  5. ^ Hamilton-Williams, David p. 59
  6. ^ satu daripada pertempuran masyur dalam sejarah

Developed by StudentB