Shabbat

Meja Shabbat disediakan: 2 challah tertutup, satu cawan kiddush, 2 batang lilin, dan bunga.

Sabat (Bahasa Ibrani: שבת, shabbāt, "rehat/ketidakaktifan"; dalam sebutan Ashkenaz: Shabbos) merupakan hari rehat mingguan dalam agama Yahudi, melambangkan Hari ke-Tujuh (7) dalam Buku Kejadian, selepas penciptaan alam yang selama enam hari. Shabbat diamalkan dari waktu senja hingga kemunculan tiga bintang pada langit malam Sabtu. Shabbat diiringi dengan lilin yang bernyala. Masa penyalaan lilin berubah-ubah mengikut tempat dan minggu, bergantung pada bila matahari terbenam.

Dalam amalan agama Yahudi seperti Yahudi Messianik, Sabbat atau Shabbat secara amnya adalah hari yang dikhususkan untuk amalan-amalan keagamaan sahaja.


Developed by StudentB