Shah Alam | |
---|---|
Bandaraya Shah Alam | |
Transkripsi Lain-lain | |
• Jawi | شاه عالم |
Nama panggilan: Bandaraya Anggerik | |
Cogan kata: Indah Bestari | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Ditubuhkan | 1963 |
Diberikan status ibu negeri Selangor | 7 Disember 1978 |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Dr. Nor Fuad bin Abdul Hamid |
• Parlimen Shah Alam Sungai Buloh Kota Raja | YB Tuan Azli Yusof YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan YB Datuk Seri Mohamad Sabu |
Keluasan | |
• Jumlah | 290.3 km2 (112.1 batu persegi) |
Penduduk | |
• Jumlah | 646 890 [1] |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
• Musim panas (DST) | Tidak terpakai |
Laman sesawang | Majlis Bandaraya Shah Alam |
Shah Alam adalah ibu negeri bagi Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Shah Alam mendapat pengiktirafan dan dirasmikan menjadi bandar raya pada tahun 2000. Shah Alam hampir dengan bandar raya Kuala Lumpur, hanya dipisahkan oleh Petaling Jaya iaitu sekitar 27 kilometer jaraknya. Jumlah penduduknya adalah 646 890 orang [1] dan dijangka meningkat menjadi 700 000 orang pada 2014 setelah siapnya beberapa projek perumahan dan sub-bandar di sekitar Shah Alam.
Bunga rasminya ialah bunga Anggerik 'Renantanda Shah Alam' dan burung rasminya pula ialah burung undan. Secara rasmi Bandar raya ini digelar dengan gelaran 'Bandar Raya Anggerik'. Pada suatu masa dahulu, Shah Alam pernah terkenal dengan gelaran 'Bandar Perindustrian' kerana tertubuhnya kawasan-kawasan perindustrian yang menempatkan sejumlah kilang multinasional sekaligus banyak menyediakan peluang pekerjaan dan ekonomi hingga mempercepatkan pertambahan bilangan penduduk dan kepesatannya.