Silikone

Acuan silikone.

Silikone atau polisiloksana ialah polimer yang terdiri daripada siloksana, iaitu kumpulan berfungsi tak organik silikon dan oksigen berturutan, (...-Si-O-Si-...) yang disusun secara rantai lurus atau berangkai silang.

Silikone memiliki formula kimia [R2SiO]n, di mana R ialah sebarang bentuk organik seperti kumpulan alkil dan fenil. Polimer ini ditambah dengan kumpulan-kumpulan berfungsi organik sampingan untuk mengubah bentuk silikone mengikut tujuan produk yang ingin dihasilkan.

Bahan ini tahan haba dan berbentuk pepejal, separa pepejal mahupun cecair. Bentuk-bentuk silikone umum ialah minyak, gris, getah, resin dan pemakal yang diperbuat daripada silikone.[1]

  1. ^ Hans-Heinrich Moretto, Manfred Schulze, Gebhard Wagner (2005) "Silicones" in Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry, Wiley-VCH, Weinheim. DOI:10.1002/14356007.a24_057

Developed by StudentB