Sinaran terma

Sinaran terma merupakan sinaran elektromagnet yang dipancarkan dari permukaan sesuatu objek disebabkan suhu objek itu. Sinar inframerah dan cahaya merupakan contoh sinaran terma. Sinaran terma dijana apabila haba dari pergerakan zarah bercas dalam atom ditukarkan kepada sinaran elektromagnet. ) Frekuensi gelombang yang dipancarkan merupakan taburan kebarangkalian dipengaruhi hanya oleh suhu, dan untuk jasad hitam dikupas oleh Hukum Sinaran Planck. Hukum Wien pula memberi nilai frekuensi sinaran yang paling [1] dekat kepada nilai benar, manakala Hukum Stefan-Boltzmann memberi keamatan haba.


Developed by StudentB