Nama asli | 新加坡报业控股 |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Syarikat awam |
Didagangkan sebagai | SGX: T39 |
Industri | Penerbitan, media massa |
Ditubuhkan | 1 Januari 1984 |
Ibu pejabat | Singapura |
Tokoh penting | Dr Lee Boon Yang (pengerusi) Ng Yat Chung (CEO) Anthony Tan (timbalan CEO)[1] |
Keluaran | Penerbitan |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Singapore Press Holdings Limited (SPH; Cina: 新加坡报业控股) ialah pertubuhan media di Singapura dengan perniagaan dalam cetakan, internet dan media baru, radio dan media luaran, dan harta dan penjagaan kesihatan. SPH mempunyai lebih 5,000 pekerja, termasuk sekumpulan kira-kira 1,000 wartawan, termasuk koresponden yang beroperasi di seluruh dunia. Syarikat itu adalah salah satu kaunter "cip biru" negara di Bursa Saham Singapura, dan merupakan penyusun Indeks Straits Times.