Siniar (bahasa Inggeris: podcast ) ialah siri berepisod fail digital menampilkan audio digital tuturan baik dalam format audio langsung[1][2] (audio siar) atau video[2][3][1] (video siar, video podcast) yang boleh dilanggan dan dimuat turun dari suapan agar mudah didengari dalam peranti pengguna. Fail-fail disebut ini boleh diuruskan dan dimainkan secara bersepadu dalam banyak peranti dan sumber melalui perkhidmatan dan aplikasi khusus tersedia.
Format ini didatangkan secara bersiri menampilkan seorang atau lebih juruacara (yakni jurusiniar atau juruaudio siar) berulangan melibatkan diri dalam perbincangan tentang topik tertentu atau hal semasa beraneka rupa baik mengikuti skrip sampai spontan penuh. Ia menggabungkan penghasilan bunyi yang teliti dan berseni selari topik penting bertema dari penyelidikan saintifik hingga kewartawanan cebisan hidup. Banyak siri sebegini menyediakan laman web mengandungi catatan rancangan, biografi tetamu, transkrip, sumber tambahan, ulasan, serta juga forum komuniti yang khusus untuk membincangkan isi rancangan disampaikan.
Media siniar begini berkos rendah bahkan percuma dimuat turun, sedangkan banyak penerbit siniar ini ditaja bersertakan iklan. Adakalanya juga terbitan siniar ini boleh juga menjadi usaha niaga disokong seberapa gabungan model langganan berbayar, pengiklanan atau keluaran dihantar pascajualan.
...kini Spotify turut memfokuskan kepada penawaran kandungan audio lain, termasuk podcast. Terbaru, Spotify turut telah mula menguji penawaran podcast dalam bentuk video pada platform mereka...