Sistem Westminster ialah sebuah sistem parlimen kerajaan demokratik dimodelkan mengikut acuan kerajaan United Kingdom (Parlimen United Kingdom). Istilah ini datangnya daripada Istana Westminster, tempat bersidangnya Parlimen negara tersebut.
Sistem ini adalah suatu prosedur berturut-turut untuk menjalankan sebuah badan perundangan. Ia digunakan, atau pernah digunakan, dalam badan perundangan kebangsaan dan badan perundangan subkebangsaan kebanyakan Komanwel dan bekas negara-negara Komanwel, bermula dengan provinsi Kanada dan tanah jajahan Australia dalam abad pertengahan abad ke-19. Terdapat juga sistem parlimen lain yang prosedur-prosedurnya sangat berbeza daripada sistem Westminster.