Skala Mohs

kotak kayu terbuka dengan sepuluh petak, masing-masing mengandungi spesimen galian bernombor.
Kit kekerasan Mohs, mengandungi satu spesimen bagi setiap galian pada skala kekerasan sepuluh mata

Skala Mohs bagi kekerasan galian ialah skala ordinal kualitatif mencirikan kalis calar pelbagai galian melalui keupayaan bahan lebih keras untuk mencalar bahan yang lebih lembut. Dicipta pada tahun 1812 oleh ahli geologi dan mineralogi Jerman Friedrich Mohs dan salah satu daripada beberapa takrifan kekerasan dalam sains bahan, yang beberapa di antaranya adalah lebih bersifat kuantitatif.[1] Kaedah membandingkan kekerasan dengan melihat galian yang jelas boleh mencalarkan lain, bagaimanapun, adalah satu antikuiti besar, yang telah disebut oleh Theophrastus dalam risalahnya On Stones, kk. 300 SM diikuti oleh Plinius yang Tua dalam Naturalis Historianya, kk. 77 M.[2][3][4] Walaupun amat memudahkan pengenalan galian dalam bidang geologi, skala Mohs tidak menunjukkan bagaimana bahan-bahan keras berfungsi dalam suasana industri.[5]

  1. ^ "Mohs hardness" in Encyclopædia Britannica Online
  2. ^ Theophrastus on Stones. Farlang.com. Retrieved on 2011-12-10.
  3. ^ Pliny the Elder. Naturalis Historia. Book 37. Chap. 15. ADamas: six varieties of it. Two remedies.
  4. ^ Pliny the Elder. Naturalis Historia. Book 37. Chap. 76. The methods of testing precious stones.
  5. ^ Hardness. Non-Destructive Testing Resource Center

Developed by StudentB