Solat Sunat Istisqa

Solat Sunat Istisqa ((Arab: صلاة الإستسقاء); Solat Minta Hujan) adalah solat sunat dua rakaat yang dikerjakan untuk memohon hujan. Secara harfiah, "istisqa'" bermaksud meminta siraman air.

Tiga hari sebelum solat istisqa' segenap penduduk diwajarkan berpuasa dan meninggalkan segala kezaliman serta dianjurkan beramal soleh.

Pada hari keempat semua penduduk termasuk yang lemah akan pergi ke tempat yang lapang dengan berpakaian sederhana dan tanpa wangi-wangian untuk solat istisqa'. Solat ini juga diiringi dengan dua khutbah selepas solat. Pada khutbah pertama hendaklah membaca istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua 7 kali.[1]

  1. ^ "Sembahyang Istisqa' (Minta hujan)". Ilmu Islam > Ibadah > Solat. IslamGRID. 2012. Dicapai pada 1 Mac 2014.

Developed by StudentB