Songkok

Contoh pemakaian songkok dalam
kalangan negarawan rantau Nusantara

Songkok (Jawi: سوڠكوق)[1][2] atau peci ([pé.ci], Jawi: ڤيچي;[3] juga diberi nama kopiah di Indonesia) merupakan sejenis topi tradisional bagi orang Melayu dihasilkan daripada kain kapas, flanel atau baldu.[1] Ia boleh dipakai sebagai pelengkap kepada baju Melayu mahupun pakaian sut Barat yang dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Songkok ini popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand. Songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika menghadiri acara-acara rasmi seperti majlis perkahwinan, upacara keagamaan (terutamanya solat Jumaat) dan sambutan keraian Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

  1. ^ a b "'songkok'". Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  2. ^ "'songkok'". Kamus Besar Bahasa Indonesia Daring. Jakarta: Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan. Dicapai pada 17 Mei 2020.
  3. ^ "'peci'". Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

Developed by StudentB