SpaceShipOne

SpaceShipOne Syarikat Scaled Composites.
Fail:Spaceship One in flight 1.jpg
Penerbangan tanpa kuasa 09G membawa SpaceShipOne merentasi Gurun Mojave untuk ujian aerodinamik.

SpaceShipOne, iaitu SpaceShipOne Model 316 Syarikat Scaled Composite, ialah kapal angkasa lepas yang dimajukan oleh Scaled Composites, syarikat penerbangan Burt Rutan, untuk menyertai program Tingkat Satu dalam pertandingan Hadiah Ansari X. Pada 21 Jun 2004, SpaceShipOne menjalankan penerbangan angkasa lepas manusia dibiayai swasta yang pertama, dan pada 4 Oktober memangi Hadiah Ansari X sebanyak AS$10 juta selepas mencapai 100 kilometer tingginya sebanyak dua kali dalam tempoh dua minggu, dengan muatan yang setara dengan tiga orang penumpang, serta tidak menggunakan melebihi 10% daripada berat bukan bahan apinya antara kedua-dua penerbangan tersebut. Kos pembangunan yang dianggarkan sebanyak AS$25 juta dibiayai oleh Paul Allen, orang kuat Microsoft, pada seluruhnya. Angkasawan sebelum ini hanya menaiki kapal angkasa lepas yang direka, dibayar, dan dikendalikan oleh agensi kerajaan.

Yayasan Ansari X ditubuhkan untuk menggalakkan penerbangan angkasa lepas oleh sektor swasta dan sehingga kini, 26 pasukan telah menyahut cabaran untuk bersaing bagi mendapatkan hadiahnya sebanyak AS$10 juta. Program Tingkat Satu ditubuhkan oleh Rutan secara rasmi pada April 2003 sebagai satu langkah untuk membina industri pelancongan angkasa lepas melalui kejuruteraan dan reka bentuk yang inovatif.

SpaceShipOne merupakan sebuah kapal angkasa lepas suborbit pelancaran udara yang menggunakan sebuah motor roket hibrid. Reka bentuknya mencirikan sebuah sistem kemasukan semula yang unik yang bahagian belakang sayap dan joran ekor kembarnya melipat ke atas pada engsel yang berada di sepanjang sayap pesawat; ini meningkatkan seretan sementara mengekalkan kestabilan. Pencapaian SpaceShipOne adalah lebih setanding dengan X-15, berbanding dengan kapal angkasa lepas mengorbit seperti bolak-balik angkasa lepas. Memecutkan sebuah kapal angkasa lepas sehingga laju orbit memerlukan 30 kali lebih banyak tenaga daripada mengangkatnya sejauh 100 kilometer.

Pembiayaan baru projek ini datangnya daripada Virgin Galactic, syarikat baru Richard Branson, hartawan United Kingdom, melalui sebuah urus niaga Amerika Syarikat sebanyak AS$21 juta. Semasa ujiannya, SpaceShipOne mencapai sebilangan "tempat pertama" yang utama, termasuk:

  • kapal terbang dibiayai swasta yang melebihi Mach 2 and Mach 3,
  • kapal terbang dibiayai swasta yang melebihi 100 kilometer tingginya; dan
  • kapal terbang boleh guna semula dibiayai swasta yang pertama.



Developed by StudentB