Statistik atau statistik sampel ialah sebarang kuantiti terkira daripada nilai dalam suatu sampel yang dianggap untuk tujuan perangkaan. Tujuan perangkaan termasuk menganggar parameter populasi, menghuraikan suatu sampel, atau menilai suatu hipotesis. purata (atau min) nilai sampel ialah suatu statistik. Istilah statistik digunakan kedua-dua untuk fungsi dan untuk nilai fungsi pada suatu sampel diberi. Apabila suatu statiatik digunakan untuk tujuan khusus, ia boleh dirujuk dengan nama yang menandakan tujuannya.