Strategi ketenteraan

Pembinaan Tembok Besar China adalah antara strategi ketenteraan berkesan menghalang musuh memasuki negara.

Strategi ketenteraan adalah satu set idea yang dilaksanakan oleh organisasi tentera untuk mengejar matlamat strategik yang dikehendaki.[1] Berasal dari perkataan Greek strategos, bermaksud strategi, ia mula digunakan pada abad ke-18,[2] dilihat dalam erti kata halus sebagai "ilmu pahlawan",[3] atau "'seni perancangan" askar.[4] Strategi ketenteraan berkaitan dengan perancangan dan pengendalian kempen, gerakan dan tataatur pasukan bersenjata, dan tipu muslihat musuh.

Bapa pengajian strategik moden Barat, Carl von Clausewitz (1780-1831), mentakrifkan strategi ketenteraan sebagai "rancangan teratur pertempuran untuk mengakhiri perang."[perlu rujukan] Definisi B. H. Liddell Hart meletakkan kurang penekanan pada pertempuran, menentukan strategi sebagai "ilmu mengedar dan menerapkan cara-cara ketenteraan bagi memenuhi tujuan polisi".[5] Oleh itu, kedua-duanya memberi keutamaan pada tujuan politik terhadap matlamat ketenteraan.

Sun Tzu (544-496 SM) sering dianggap sebagai bapa strategi ketenteraan Timur dan sangat mempengaruhi sejarah taktik perang moden China, Jepun, Korea dan Vietnam.[6] The Art of War oleh Sun Tzu bertambah popular dan menyaksikan penggunaan praktikal dalam masyarakat Barat. Ia terus mempengaruhi banyak usaha kompetitif di Asia, Eropah, dan Amerika termasuk budaya, politik,[7][8] dan bisnes,[9] serta peperangan moden. Strategi ketenteraan timur berlainan daripada Barat dengan memberi lebih banyak perhatian pada peperangan asimetri dan pemerdayaan.[6]

Strategi berbeza dengan taktik, strategi tersebut merujuk kepada penggunaan semua keupayaan militari sesebuah negara melalui perancangan, pembangunan dan pemerolehan jangka panjang peringkat tertinggi untuk menjamin keselamatan atau kemenangan. Taktik adalah sains ketenteraan yang digunakan untuk menjamin objektif yang ditakrifkan sebagai sebahagian daripada strategi tentera; terutamanya kaedah-kaedah dimana anggota, peralatan, pesawat, kapal dan senjata digunakan dan ditujukan keatas musuh.[10][sumber tak boleh dipercayai?]

  1. ^ Gartner (1999), pp. 163,
  2. ^ Carpenter (2005), p. 25
  3. ^ Matloff (1996), p. 11
  4. ^ Wilden (1987), p. 235
  5. ^ Liddell Hart, B. H. Strategy London:Faber, 1967 (2nd rev ed.) p. 321
  6. ^ a b Matti Nojonen, Jymäyttämisen taito. Strategiaoppeja muinaisesta Kiinasta. [Transl.: The Art of Deception. Strategy lessons from Ancient China.] Gaudeamus, Finland. Helsinki 2009. ISBN 978-952-495-089-3.
  7. ^ Scott, Wilson (7 March 2013), "Obama meets privately with Jewish leaders", The Washington Post, Washington, DC, diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-24, dicapai pada 22 May 2013
  8. ^ "Obama to challenge Israelis on peace", United Press International, 8 March 2013, dicapai pada 22 May 2013
  9. ^ Garner, Rochelle (16 October 2006), "Oracle's Ellison Uses 'Art of War' in Software Battle With SAP", Bloomberg, diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2012, dicapai pada 18 May 2013 Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  10. ^ "Strategy vs. Tactic". diffen.com. Dicapai pada 30 September 2014.

Developed by StudentB