Suhu berkesan

Suhu berkesan (Jawi: سوهو برکسن) jasad seperti bintang atau planet ialah suhu bagi sesebuah jasad hitam yang mengeluarkan jumlah sinaran elektromagnet yang sama.[1] Suhu berkesan sering digunakan sebagai anggaran suhu permukaan jasad apabila lengkung keberpancaran jasd tersebut (sebagai fungsi panjang gelombang) tidak diketahui.

Apabila keberpancaran bersih bintang atau planet dalam jalur panjang gelombang yang berkaitan adalah kurang daripada satu (kurang daripada jasad hitam), suhu sebenar jasad tersebut akan lebih tinggi daripada suhu berkesan. Keberpancaran bersih mungkin rendah disebabkan oleh sifat permukaan atau atmosfera, termasuk kesan rumah hijau.

  1. ^ Archie E. Roy, David Clarke (2003). Astronomy. CRC Press. ISBN 978-0-7503-0917-2.

Developed by StudentB