Singkatan | SUKOM |
---|---|
Edisi pertama | 1930 di Hamilton, Kanada |
Diadakan pada setiap | 4 tahun |
Edisi terakhir | 2022 di Birmingham, England |
Edisi seterusnya | 2026 |
Sukan Komanwel (bahasa Inggeris: Commonwealth Games , disingkatkan sebagai SUKOM) adalah sebuah acara beraneka sukan yang melibatkan atlet dari negara-negara Komanwel. Acara tersebut diadakan buat julung kali pada tahun 1930, dan telah dilangsungkan setiap empat tahun (kecuali tahun 1942 dan 1946 yang dibatalkan kerana Perang Dunia Kedua). Dahulunya Sukan Komanwel dikenali sebagai Sukan Empayar British dari tahun 1930 hingga tahun 1950. Sukan ini kemudiannya dinamakan semula kepada Sukan Komanwel dan Empayar British dari tahun 1954 hingga 1966 dan Sukan Komanwel British dari tahun 1970 hingga 1974.
Seperti jumlah acara yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik, Sukan Komanwel turut menampilkan beberapa acara sukan yang dimain meluas di negara Komanwel, seperti boling padang, ragbi dan bola jaring.
Hanya enam negara yang menyertai setiap Sukan Komanwel yang diadakan: Australia, Kanada, England, New Zealand, Scotland dan Wales.