Sultan Kelantan

Sultan Kelantan
‎ ‏کلنتن دار النعيم‎‎ سلطان
Sultey Klate
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Sultan Muhammad V
sejak 13 September 2010
Butiran
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia
Pewaris takhtaTengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra
Tengku Mahkota Kelantan
Penyandang pertama
  1. Raja Sang Tawal
    Raja Kelantan pertama
  2. Sultan Muhammad I
    Sultan Kelantan moden pertama
Pembentukan1267 (1267)
PersemayamanIstana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan
Laman sesawangpejsultan.kelantan.gov.my
Panji peribadi Sultan Kelantan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim serta Jajahan Takluknya, merupakan pemerintah kerajaan negeri Kelantan di bawah Kerajaan Persekutuan Malaysia. Kerajaan negeri Kelantan meliputi sempadan Siam di selatan Sungai Golok, timur Banjaran Titiwangsa sehingga ke Besut di sempadan Kelantan-Terengganu. Beberapa dinasti memerintah Kelantan bermula dari keturunan Maharaja Sriwijaya yang berundur ke Langkasuka (Pattani sekarang) selepas Sriwijaya runtuh diserang Kerajaan Chola pada abad ke-10. Perkahwinan diraja juga berlaku dengan Champa, Pattani dan Terengganu yang menyebabkan pertukaran dinasti apabila menantu raja menaiki takhta Kelantan.


Developed by StudentB