Sumatera Selatan
Negeri Sumatera Selatan | |
---|---|
Negeri | |
Transkripsi Other | |
• Jawi | سومترا سلاتن |
• Surat Ulu | ꤼꥈꤸꤳꥍꤽ ꤼꥍꤾꤳꥐ |
Cogan kata: Bersatu Teguh (Indonesian) (Strength in Unity) | |
Koordinat: 2°45′S 103°50′E / 2.750°S 103.833°EKoordinat: 2°45′S 103°50′E / 2.750°S 103.833°E | |
Negara | Indonesia |
Ditubuhkan | 30 Ogos 1948, sebagai Negara Sumatera Selatan |
Menyertai Republik Indonesia | 24 Mac 1950 |
Diberikan taraf Negeri | 14 Ogos 1950 |
Ibu Negeri | Palembang |
Pentadbiran | |
• Gabenor | Herman Deru |
• Timbalan Gabenor | Mawardi Yahya |
Keluasan | |
• Jumlah | 91,592.43 km2 (35,364.03 batu persegi) |
Penduduk (2015) | |
• Jumlah | 10,675,862 |
• Kepadatan | 120/km2 (300/batu persegi) |
Demographics | |
• Etnik | Melayu (34.37%), Jawa (27.01%), Komering (5.68%), Sunda (2.45%), China (1.1%), Minangkabau (0.94%), Lainnya (28.45%) [1] |
• Agama | Islam (96%), Kristian (1.7%), Buddha (1.8%), Others (0.5%)[2] |
• Bahasa | Indonesian, Melayu Palembang, Col, Kubu, Komering |
Zon waktu | WIB (UTC+7) |
Pendaftaran kenderaan | BG |
Laman sesawang | www.sumselprov.go.id |
Sumatera Selatan (Jawi : سومترا سلاتن) merupakan sebuah provinsi yang terdapat di Negara Indonesia yang terletak di bahagian selatan Pulau Sumatera. Negeri ini beribu kota di Palembang. Secara geografi, negeri Sumatera Selatan bersempadan dengan negeri Jambi di sebelah utara, negeri Kep. Bangka-Belitung di bahagian timur, negeri Lampung di selatan, dan negeri Bengkulu di barat. Negeri ini kaya dengan sumber alam, seperti petroleum, gas asli, dan arang batu. Selain itu ibu negeri Sumatera Selatan iaitu Palembang, telah terkenal sejak dahulu kerana pernah menjadi ibu kota bagi Kerajaan Sriwijaya.
Di samping itu, negeri ini mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi seperti Sungai Musi, Jambatan Ampera, Pulau Kemaro, Danau Ranau, Kota Pagaralam, dan lain-lain. Terdapat juga pelbagai makanan tradisional yang unik dari negeri ini seperti pempek, model, tekwan, pindang patin, pindang tulang, sambal jokjok, berengkes, dan tempoyak.