Sebahagian daripada siri berkaitan |
Ahli Sunah Waljamaah |
---|
Sunan Ibn Mājah (Arab: سُنن ابن ماجه ) ialah satu daripada himpunan kitab Hadis yang dikenali sebagai Al-Kutub al-Sittah (enam kitab utama Hadis). Himpunan Sunan ini karya Imam Ibnu Majah.
Ibnu Majah, atau nama lengkapnya Abu 'Abdullah Muhammad bin Yazid bin Abdullah bin Majah al-Rab'i al-Quzwaini (Arab: أبو عبد الله محمد بن يزيد بن ماجة الربعي القزويني) adalah seorang ahli hadis yang terkenal kerana menyusun kitab Sunan Ibnu Majah. Beliau dilahirkan pada tahun 207 H dan meninggal pada hari Selasa, lapan hari sebelum berakhirnya bulan Ramadhan tahun 275 H.[1]