Sungai Brahmaputra

Brahmaputra
Luit, Dilao
Sungai Brahmaputra di Guwahati, Assam, India
Aliran Sungai Brahmaputra
EtimologiDaripada bahasa Sanskrit ब्रह्मपुत्र (brahmaputra, “putera Brahma”)
Lokasi
Negara
Kawasan berautonomiTibet
Bandar
Ciri-ciri fizikal
SumberGlasier Angsi, Manasarovar
 • lokasiHimalaya
 • koordinat30°23′N 82°0′E / 30.383°N 82.000°E / 30.383; 82.000
 • ketinggian5,210 m (17,090 ka)
MuaraGanges 
 • lokasi
Delta Ganges
 • koordinat
25°13′24″N 89°41′41″E / 25.22333°N 89.69472°E / 25.22333; 89.69472Koordinat: 25°13′24″N 89°41′41″E / 25.22333°N 89.69472°E / 25.22333; 89.69472
 • ketinggian
0 m (0 ka)
Panjang3,969 km (2,466 bt).[1]
Saiz lembangan712,035 km2 (274,918 bt2)
Aliran 
 • purata19,800 m3/s (700,000 ka3/s)
 • maksimum100,000 m3/s (3,500,000 ka3/s)
Ciri-ciri lembangan
Anak sungai 
 • kiriSungai Lhasa, Sungai Nyang, Parlung Zangbo, Sungai Lohit, Sungai Dhansiri, Sungai Kolong
 • kananSungai Kameng, Sungai Manas, Sungai Beki, Sungai Raidak, Sungai Jaldhaka, Sungai Teesta, Sungai Subansiri


Sungai Brahmaputra (/ˌbrɑːməˈptrə/), juga dikenali sebagai Yarlung Tsangpo di Tibet, Sungai Siang/Dihang di Arunachal Pradesh dan Luit serta Dilao[2] di Assam, ialah sebatang sungai yang mengalir melalui Tibet, India dan Bangladesh. Ini ialah sungai kesembilan dengan kadar aliran terbesar dunia, dan sungai ke-15 terpanjang dunia. Kawasan hilir sungai dianggap suci oleh penganut Hinduisme. Brahmaputra bererti "putera Brahma" dalam bahasa Sanskrit.[3]

Berasal dari kawasan Tasik Manasarovar berdekatan Gunung Kailash di utara Himalaya, iaitu Kaunti Burang di Tibet sebagai Yarlung Tsangpo,[1] sungai ini mengalir melalui selatan Tibet ke Arunachal Pradesh.[4] Sungai ini mengalir melalui lembah Assam sebagai Brahmaputra dan ke arah selatan melalui Bangladesh sebagai Jamuna (tidak dikelirukan dengan Sungai Yamuna di India). Di kawasan Delta Ganges, sungai ini bergabung dengan Sungai Padma, nama popular Sungai Ganges di Bangladesh, dan menjadi Sungai Meghna sebelum mengalir ke Teluk Bengal.[5]

  1. ^ a b "Scientists pinpoint sources of four major international rivers". Xinhua. 22 Ogos 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mei 2016. Dicapai pada 8 September 2015.
  2. ^ Boruah, Sanjib (1999). India Against Itself: Assam and the Politics of Nationality.
  3. ^ Gopal, Madan (1990). K.S. Gautam (penyunting). India through the ages. Publication Division, Ministry of Information and Broadcasting, Government of India. m/s. 80.
  4. ^ "Brahmaputra River". Encyclopædia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Januari 2017. Dicapai pada 13 November 2016.
  5. ^ "Brahmaputra River Flowing Down From Himalayas Towards Bay of Bengal". Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2011. Dicapai pada 22 November 2011.

Developed by StudentB