Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Kerajaan Malaysia
Logo SPRM
Intisari agensi
Dibentuk1 Oktober 1967 (1967-10-01)
Agensi terdahulu
  • Badan Pencegah Rasuah
JenisKerajaan
Bidang kuasa
Eksekutif
StatusSPRM
Ibu pejabatNo. 2, Lebuh Wawasan, Presint 7, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan, Perbadanan Putrajaya 62250
Kakitangan2,937 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 242,134
Eksekutif kerajaan
Agensi induk
Parlimen Malaysia
Dokumen penting
  • Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009
Laman sesawang
www.sprm.gov.my

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Jawi: سوروهنجاي ڤنچڬاهن رسوا مليسيا; disingkat: SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah Persekutuan Malaysia, atau singkatannya BPRM atau BPR saja ialah sebuah pertubuhan kerajaan persekutuan yang mula beroperasi pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh. Akhirnya pada 1 Januari 2009, ia digubal dan di olah semula untuk menjadi SPRM. [2] Selain itu, Mantan Yang di-Pertua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim turut mengharumkan nama SPRM apabila beliau dipilih menjadi Timbalan Presiden Persatuan Agensi Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IAACA) pada November 2013. [3]

Tan Sri Dzulkifli Ahmad meletakkan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya atas sebab-sebab tertentu. [4] Mohd Shukri Abdull dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya baru pada 17 Mei 2018.[5]


Developed by StudentB