Koordinat: 63°N 16°E / 63°N 16°E
Kerajaan Beraja Sweden کراجاءن براج سويدن Konungariket Sverige (Svensk) | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: (diraja) "För Sverige – i tiden "[a] "Demi Sweden – Dengan Masa"[1] | |||||
Lagu kebangsaan: Du gamla, Du fria[b] Kamu kuno, kamu bebas | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Stockholm 59°21′N 18°4′E / 59.350°N 18.067°E | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Sweden[c] Bahasa minoriti rasmi:[c] Finland Meänkieli Sami Romani Yiddish | ||||
Kumpulan etnik | Tiada perangkaan rasmi[d] | ||||
Kerajaan | Kesatuan berparlimen raja berperlembagaan | ||||
• Raja | Carl XVI Gustaf | ||||
Andreas Norlén | |||||
Ulf Kristersson | |||||
Badan perundangan | Riksdag | ||||
Sejarah | |||||
• Kerajaan beraja Sweden yang bersatu ditubuhkan | Pada awal abad ke-12 | ||||
• Sebahagian Kesatuan Kalmar | 1397–1523 | ||||
• Sebahagian Kesatuan Sweden-Norway | 4 November 1814 – Ogos 1905[2] | ||||
1 Januari 1995 | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 450,295 km2 (173,860 bt2) (ke-55) | ||||
8.7 | |||||
Populasi | |||||
• Bancian Penduduk Mei 2019 | ▲ 10,272,518[3] (ke-89) | ||||
23/km2 (59.6/sq mi) (ke-198) | |||||
KDNK (PPP) | 2019 | ||||
• Jumlah | $567 bilion[4] (ke-36) | ||||
$54,474[4] (ke-17) | |||||
KDNK (nominal) | 2019 | ||||
• Jumlah | $563 bilion[4] (ke-23) | ||||
$54,135[4] (ke-11) | |||||
Gini (2017) | 28.0[5] rendah | ||||
HDI (2017) | ▲ 0.933[6] sangat tinggi · ke-7 | ||||
Mata wang | Krona Sweden ( SEK ) | ||||
Zon waktu | UTC+1 (CET) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+2 (CEST) | ||||
Format tarikh | TTTT-BB-HH | ||||
Arah memandu | kanan[e] | ||||
Kod panggilan | +46 | ||||
Kod ISO 3166 | SE | ||||
DPT internet | .se[f] | ||||
|
Sweden (Jawi: سويدن ) rasminya Kerajaan Beraja Sweden ialah sebuah negara Nordik di Semenanjung Scandinavia, di Eropah Utara. Negara ini bersempadankan Norway di barat, Finland di timur laut, Skagerrak dan Kattegat di barat daya, dan Laut Baltik dan Teluk Bothnia di timur. Disebabkan penduduknya yang sedikit, Sweden terkenal dengan bentuk muka buminya yang aman dan kaya dengan hutan dan gunung ganang yang belum terusik oleh pembangunan. Sweden menjadi ahli Kesatuan Eropah sejak 1995. Ibu negaranya Stockholm.
Dengan luasnya sebanyak 449,964 km², Sweden merupakan negara ke-3 terbesar di Eropah Barat. Penduduknya sedikit dan 84 % tertumpu di bandar-bandar. Hanya 1.3 % mukabumi digunakan untuk petempatan. Gaya hidup di sana tinggi, moden, liberal, tersusun dan berbudaya kerjasama berbanding dengan negara Anglo-Saxon yang lain. Mereka sangat mengutamakan pemeliharaan alam sekitar, perlindungan hidupan liar dan penggunaan tenaga elektrik yang sistematik. Sweden secara tradisinya pengeluar besi, tembaga dan balak. Sweden tergolong sebuah 'negara kebajikan' dalam Indek Pembangunan Kemanusiaan PBB (HDI). Sweden kaya dengan tenaga air.
Sweden moden dibentuk dari gabungan Kalmar Union pada 1397 oleh Raja Gustav Vasa abad ke-16. Abad ke-17 Sweden berkembang menjadi Empayar Sweden. Beberapa wilayah baru dijajah pada abad 18. Awal abad 19, Finland dan beberapa wilayah lain di Semenanjung Scandinavia telah hilang. Pada 1814 Sweden dan Norway membentuk pakatan sehingga 1905. Sejak 1814, Sweden aman damai, mengamalkan dasar berkecuali dan tidak memihak ketika peperangan.