Syed Hamid Albar | |
---|---|
Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia | |
Menyandang jawatan 25 Ogos 2021 | |
Didahului oleh | Musa Hitam |
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti BERSATU | |
Menyandang jawatan 10 Ogos 2018 | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kota Tinggi, Johor | |
Dalam jawatan 3 Disember 1990 – 3 April 2013 | |
Didahului oleh | Musa Hitam |
Digantikan oleh | Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid |
Menteri Dalam Negeri Malaysia | |
Dalam jawatan 18 Mac 2008 – 9 April 2009 | |
Timbalan | |
Didahului oleh | Mohd Radzi Sheikh Ahmad |
Digantikan oleh | Hishammuddin Hussein |
Menteri Luar Negeri Malaysia | |
Dalam jawatan 7 Januari 1999 – 17 Mac 2008 | |
Timbalan | Leo Michael Toyad |
Didahului oleh | Abdullah Ahmad Badawi |
Digantikan oleh | Rais Yatim |
Menteri Pertahanan Malaysia | |
Dalam jawatan 8 Mei 1995 – 7 Januari 1999 | |
Timbalan | Abdullah Fadzil Che Wan |
Didahului oleh | Mohd Najib Abdul Razak |
Digantikan oleh | Abang Abu Bakar Abang Mustapha |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Melayu Air Hitam, Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia) | 15 Januari 1944
Parti politik | UMNO |
Pasangan | Puan Sri Datin Seri Sharifah Aziah Syed Zainal Abidin |
Anak | 6 |
Ibu bapa | Tan Sri Syed Jaafar Albar (bapa) Puan Sri Sharifah Fatimah Albar (ibu) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Peguam[1] |
Laman web | www |
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid bin Tan Sri Syed Jaafar Albar (Arab: سيد حامد بن سيد جعفر البار Sayyid Ḥāmid bin Sayyid Ja'far al-bār;[2][3] lahir 15 Januari 1944), merupakan seorang ahli politik Malaysia dan mantan Menteri Dalam Negeri. Beliau pernah menjadi Menteri Luar Malaysia (1999-2008) dan kini menjadi Duta khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar. Beliau juga Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).[4][5][6]
Beliau ialah seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO, parti utama dalam perikatan Barisan Nasional. Beliau pernah bekerja di bawah tiga Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad,Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau juga merupakan ahli Parlimen Kota Tinggi. Beliau dilahirkan di Kampung Melayu Air Hitam, Pulau Pinang, Malaysia. Bapanya Tan Sri Syed Jaafar Albar, juga merupakan ahli politik Malaysia. Syed Hamid berketurunan Arab-Minang (daripada Syed Jaafar Albar, bapanya berasal dari Sumatera Barat, Indonesia) Pada 2009, beliau digugurkan daripada jemaah menteri Malaysia.