Republik Tajikistan ريڤوبليك تاجيکيستن Ҷумҳурии Тоҷикистон Jumhurii Tojikiston | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: Tiada | |||||
Lagu kebangsaan: Surudi Milli | |||||
Ibu negara | Dushanbe 38°33′N 68°48′E / 38.550°N 68.800°E | ||||
Bandar terbesar | Ibu negara | ||||
Bahasa rasmi | Tajik[1] | ||||
Demonim | Orang Tajik | ||||
Kerajaan | Kesatuan, republik berpresiden | ||||
• Presiden | Emomalii Rahmon | ||||
Oqil Oqilov | |||||
Kemerdekaan | |||||
• Penubuhan Empayar Samanid | 875 | ||||
• Diisytiharkan | 9 September 1991 | ||||
• Dilengkapkan | 25 Disember 1991 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 143,100 km2 (55,300 bt2) (ke-95) | ||||
0.3 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2019 | 7,123,8741 (1001) | ||||
• Bancian Penduduk 2000 | 6,127,000 | ||||
45/km2 (116.5/sq mi) (151) | |||||
KDNK (PPP) | 2019 | ||||
• Jumlah | $16.43 billion | ||||
$2,306 | |||||
KDNK (nominal) | 2019 | ||||
• Jumlah | $4.344 billion | ||||
$609 | |||||
HDI (2019) | 0.701[2] tinggi · ke-127 | ||||
Mata wang | Somoni ( TJS ) | ||||
Zon waktu | UTC+5 (TJT) | ||||
Kod panggilan | +992 | ||||
Kod ISO 3166 | TJ | ||||
DPT internet | .tj | ||||
|
Tajikistan,[a] secara rasmi bernama Republik Tajikistan,[b] ialah sebuah negara dikelilingi daratan dan bergunung-ganang terletak di rantau Asia Tengah. Negara ini bersempadan dengan Afghanistan di selatan; Uzbekistan di barat; Kyrgyzstan di utara, dan China di timur. Tajikistan juga terletak bersebelahan dengan Pakistan, tetapi kedua-dua negara ini dipisahkan oleh koridor Wakhan.
Republik Tajikistan merupakan tempat asal orang-orang Tajik yang berkongsi budaya dan sejarah dengan orang-orang Iran, dan bertutur dalam bahasa Tajik yang amat berkait dengan bahasa Parsi. Negara ini yang pada satu ketika merupakan tempat Empayar Samanid yang terkenal, kemudian menjadi salah satu republik Kesatuan Soviet pada abad ke-20, dan dikenali sebagai Republik Sosialis Soviet Tajik.
Bagaimanapun, selepas kemerdekaan, Tajikistan mengalami perang saudara yang mengakibatkan kemusnahan, dan yang berlangsung sejak tahun 1992 sehingga 1997. Sejak keakhiran perang ini, kestabilan politik dan bantuan asing telah membenarkan ekonomi negara ini untuk bertumbuh. Sumber-sumber semula jadinya seperti kapas dan aluminium telah amat menyumbang kepada kemajuannya yang tetap.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan