Takwim (disebut [tak.wim] daripada istilah Arab: تقويم, rumi: taqwīm ), kalendar (disebut [ka.lén.dar]) atau penanggalan (disebut [pĕ.nang.ga.lan]) merupakan satu sistem pengiraan masa menggunakan hari dan bulan. Tarikh sesuatu hari itu biasanya ditentukan berpandukan kepada objek astronomi, seperti matahari atau bulan. Takwim juga boleh merupakan satu objek nyata yang menjelaskan sistem itu.