Tanan berdaftar bersih (bahasa Inggeris: net register tonnage , atau singkatannya NRT) ialah jumlah isipadu ruang kargo yang boleh dibawa oleh sesebuah kapal ditolak dengan isipadu ruang bukan untuk kargo (seperti bilik enjin, kabin anak kapal, anjungan dan sebagainya). Bagaimanapun, kaedah pengiraannya berbeza di setiap pelabuhan atau negara. Ia mewakili isipadu ruang kapal yang boleh digunakan untuk membawa penumpang atau barangan. Ia digantikan dengan tanan bersih pada tahun 1994, di bawah Konvensyen Pengiraan Tanan Kapal Antarabangsa, 1969[1], tetapi masih digunakan dengan meluas dalam industri perkapalan.