Tanjung Harapan (Afrikaans: Kaap die Goeie Hoop , Belanda: Kaap de Goede Hoop (bantuan·maklumat), Portugis: Cabo da Boa Esperança ; juga Tanjung Pengharapan[1]) adalah sebuah tanjung berbatu yang menghadap pesisiran Timur menghadap Lautan Atlantik di Afrika Selatan.
Terdapat salah faham akan kedudukan Tanjung Harapan di hujung paling selatan benua Afrika, di sebabkan dahulu dipercayai ia menjadi titik pemisah antara lautan Atlantik dan Hindi. Secara faktanya, titik paling ke selatan adalah Tanjung Agulhas, kira-kira 150 kilometer (90 batu) ke timur-tenggara. Laut Atlantik dan India bertemu pada titik di mana air panas arus Agulhas bertemu dengan air sejuk arus Benguela dan berpusing semula sendiri – satu titik turun naik di antara Tanjung Agulhas dan Tanjung Titik, kira-kira satu kilometer ke timur Tanjung Harapan.